Our Trainers

MOHAMMAD ADRY

"Certified Master Trainer"

Mohammad Adry mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun sebagai Master Trainer. Beliau berkhidmat sebagai Konsultan Pelaburan yang berdaftar dengan CIMB Wealth Advisors Berhad. Beliau berjaya mendapat tempat sebagai Pengurus Agensi dalam masa 2 tahun setengah.

Beliau dianugerahkan gelaran “The Fastest Group Agency Manager” dan “The Youngest Group Agency Manager”. Beliau bersama agen – agen yang berdaftar dibawah beliau telah menyumbang sebanyak 60 juta kepada CIMB Wealth Advisors. Ini membawa kejayaan kepada beliau menjadi seorang jutawan senyap pada usia yang sebegitu muda, iaitu pada usia 27 tahun.

Bermula disini, bakat beliau sebagai seorang jurulatih motivasi digilap dan diketengahkan. Melalui pengalaman yang ada, beliau mula melatih "downlines" dan juga masyarakat menjadi celik pelaburan dan dalam masa yang sama memupuk semangat mereka untuk menjadi lebih berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Banyak seminar dan program yang beliau terajui sebagai “Master Trainer” berjaya meninggalkan impak berkesan dikalangan peserta. Sehingga beliau pernah diundang ke TV9 dalam rancangan “Kerjaya dan Kaunseling” pada tahun 2007. Beliau juga muncul di beberapa ruangan majalah untuk memberi tips – tips kejayaan dan pelaburan.

Mohammad Adry telah mempelopori kursus Seminar 1 Rahsia. Seminar yang berjaya membawa ramai usahawan – usahawan keluar daripada kepompong selesa dengan melakukan anjakan kejayaan yang lebih berkesan. Kepakaran ilmu keusahawanan beliau telah tersebar dan berjaya menambat minat sebuah badan bukan kerajaan untuk menjadi salah seorang “Master Trainer” bagi sebuah program naungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Melalui program yang dinamakan Program Latihan Keusahawanan dan Kemahiran ini, beliau dikehendaki mengubah dan mengajar usahawan – usahawan kecil yang miskin tegar menjadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk terus berusaha tanpa putus asa dalam mengubah kehidupan mereka. Melaui program ini juga, latihan serta strategi – strategi perniagaan dibekalkan kepada usahawan – usahawan ini untuk membantu mereka lebih berdaya saing.

Melalui pengalaman yang semakin utuh, beliau kini melebarkan kepakaran beliau terhadap calon – calon hadirin seminar untuk membantu mereka mengejar kejayaan dalam pelbagai konteks pemajuan diri

Key Training:

  • People Motivation
  • Negotiations & Management
  • Negotiations & Management
  • Team Leadership

Have questions?

Please contact us for more details...

Contact us